
- Lahir di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut hampir seabad yang lalu.
- Lebih mesra dengan panggilan To’ Guru Haji Abbas kerana kealiman yang diakui umum. - Khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.
- Mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut.
- Ketika berusia 14 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah selama 8 tahun. #Dari Mekah beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al-Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun.
- Setelah pulang ke tanah air, 4 tahun kemudian beliau datang kembali ke Benua Kecil Hindi meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Dioband selama 1 tahun pada tahun 1938.
- Berpegang kepada prinsip hidup mesti beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai
keredhaan Allah danIlmu wajib diperkembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya
- Pengasasan sebuah pondok di kampung kelahirannya yang diberi nama Jamiah Diniah
membuktikan prinsip beliau.
- Bersama beberapa orang Ulama’ yang lain beliau membuka sebuah pondok lain di Kampung
Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq,
- Selepas itu di Kuala Besut beliau mengasaskan Darul Adib Al-Khursani.
- Gerakan pendidikan dan dakwah tokoh meliputi kawasan Besut dan sempadan Bukit Yong,
Kelantan dengan membuka beberapa buah pondok sejak 1945.
- Dari Kelantan beliau berhijrah ke Kuala Terengganu mengasaskan pondok Tok Jiring yang
terkenal itu pada tahun 1953
- Pondok tersebut berkembang menjadi Sekolah Menengah Agama
- Pada tahun 1962, kerajaan negeri mengambil alih pentadbirannya dan pada 1976, pentadbiran telah diambil alih dan telah dinaik taraf sebagai sebuah sekolah menengah agama termoden di Terengganu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Keistimewaan Tuan Guru Haji Abbas juga terserlah melalui beberapa hasil karya ilmiah dalam bidang keagamaan.
- Atas segala bakti itu Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman telah mengistiharkannya sebagai Tokoh Ulama’ dalam Majlis Sambutan Ma’al Hijrah tahun 1409.
- Pada 17 April 1989 DYMM Tuanku Al Sultan telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu, (DPMT) kepadanya yang membawa gelaran Dato’ kepadanya.
- Lanjutan daripada itu beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Terengganu tahun 1990. - Pada 16 Mei 1991, beliau sekali dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Nasional. - Pernah dilantik sebagai senator selama 6 tahun oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
pada awal tahun 60an.
- Beliau mempunyai 15 orang anak.
- Salah seorang daripadanya meneruskan pendidikan pondok ialah Encik Abdul Aziz bin Haji
Abbas.
- Pada 1 Julai 1997 beliau telah kembali ke rahmatullah.
No comments:
Post a Comment