Ya Allah..Ampunkan Aku, Rahmati Aku,Cukupkanlah Aku,Angkatkan Darjatku,Berikan Aku Rezeki Yang Halal Dan Berakah, Berilah Aku Hidayah, Sihatkan lah Tubuh Badan Supaya Aku Dapat Beribadat PadaMu Dan Maafkanlah Aku Atas Kelalaianku Padamu Selama ini.

Thursday, 23 July 2009

Last Day Puasa Ganti

Aduhhh..tercapai juga akhirnya liza menghabiskan puasa ganti yang selama ini di simpan sebanyak 45 hari.Hari ini memang betul mencabar berpuasa..mana taknya dengan sakit perut nya dan keluar beli stok di hari yang panas ini. Tapi Alhamdulilah liza dapat juga menghadapi cabaran ini dengan sabar.Kawan2 kat opis pun memberi galakan dan sokongan pada liza.Betapa hebatnya kali ini liza tak membawa ke hadapan puasa yang tak habis di ganti. InsyAllah mudah2an liza akan cuba tidak mengulangi perangai tidak habis ganti puasa.Semoga Allah merahmati apa yang hambanya lakukan. InsyaAllah..

Tuesday, 14 July 2009

JUS QASEH KEKANDA



Kalau nak tahu bukan perempuan sahaja yang ada jusnya tersendiri . Lelaki juga ada jusnya iaitu JUS KEKANDA.Husband liza juga mengamalkan jus ini walaupun dia kurang mempercayai produk kesihatan yang berada di luar pasaran sekarang ini.Husband liza mengamalkan jus ini kerana bagi dia, jus ini banyak membantu diri dia daripada mengantuk,keletihan dan lesu.Lagipun bagi dia produk ini adalah produk yang halal . Dan liza sendiri lihat duta produk ini adalah Ustazah Norbaiyah dan Ustaz Wan Akasyah yang mengacarakan program Semanis Kurma jam 10 mlm TV9..yang merupakan program kesukaan liza.Dalam program ini dia akan menghadiahkan Qaseh Adinda dan Qaseh Kekanda kepada setiap tetamu yg di jemput hadir di rancangannya.Insyallah.

Monday, 13 July 2009

JUS QASEH ADINDA



Alhamdulilah.Jus Qaseh Adinda ini memang banyak menolong diri Liza. Sebelum ni liza selalu menghadapi masalah hidung tersebut dan kehingusan. Penyakit ini namanya "SINUS" atau "RESDUNG".Selalunya keadaan ini berlaku di pejabat di sebabkan air-cond dan habuk.Kalau liza ke mana-mana mesti akan membawa tisu di sebabkan selalu kehingusan.Kalau kat opis jangan cakap ler,mmg banyak stok tisu muka punya.Dulu liza pakai tisu muka 'GIANT' , dah tue kawan liza rekomen suh pakai tisu muka 'ROYAL GOLD' sebab tisu ini tebal dan 100%PULP.Memang bagus tisu ini.Bersih pun bersih.Dengan izin ALLAH , sekarang ni Liza tidak lagi menghadapi masalah tersebut setelah liza mengamalkan Jus Qaseh Adinda sehingga kini.Liza selalu amalkan Jus ini sebelum sarapan.

Sunday, 12 July 2009

3 Seberadik Botak !


Semalam 3 orang anak lelaki Liza gunting rambut di tempat yang berlainan .Tak sangka ayah dia pergi hantar utk gunting rambut Isyraf ngan Akashah kat Shah Alam Balik ajer diaorg,tgk2 dah separuh botak rambut mereka ..rupanya2 ayah dia hantar selepas habis kelas.Ikut plan diaorg ikut liza pergi Cheras, tp Achik Jep dia nak bawak gi diaorg tengok wayang citer Ice Age 3.Terus lari plan Liza.Rambut diaorang pakai no:2 punya mesin pisau kata ayah dia, tapi nampak mcm no:1 jer..heee.Liza plak antar Irsyad gunting kat depan masjid kat depan rumah mak liza di cheras.Rambut Irsyad plak pakai no:1 punya mesin pisau. Senang lambat sikit nak panjang. Tapi yang bagus , julung kali nya Irsyad tak meronta2 plak bila org gunting rambut dia. Sampai orang yang gunting rambut dia ckp pertama kali dia tgk budak sebaya nie duduk diam masa tgh gunting.Kalau tidak habis baju ibu dia kena rambut.Mungkin dia suka kot ngan budak yg potong rambut dia nie.Selalunya yang potong rambut dia kulit nya gelap..itu yg dia takut kot..heeee.Sekarang nie tak jadi masalah nak gunting rambut budak2 nie sebab kat masjid depan rumah mak Liza ada kedai gunting rambut.Sambil gunting sambil menderma sebab 25% harga gunting di salurkan ke dalam Tabung Masjid. Harga untuk kanak2 RM6.Alhamdulilah...Insyallah dapat kerberkatan daripadaNya.

JUS TOK GURU dari Tuan Guru Hj Nik Aziz


Marilah membeli Jus Tok Guru. Jus ini amat baik. Saya mempunyai 4 orang anak.Anak-anak liza selalu demam dan batuk.Mereka selalu di masukkan ke hospital.Liza telah mencuba jus ini atas nasihat bapa liza.Kalau nak dibandingkan dengan jus yang lain ,Jus Tok Guru ini sahaja yang mengandungi bah delima.Setelah liza mencuba jus ini ..Dengan Izin Allah anak-anak liza kurang demam dan batuk berpanjangan. Kalau tidak stok ubat batuk dan demam sentiasa ada sahaja dalam peti ais tu.Jus ini juga dapat meningkat antibodi anak liza. Dahulu kalau mereka demam .mesti lebih daripada 3 hari tetapi Dengan Izin Allah badan anak liza akan berkurangan panas kurang daripada 3 hari. Jus Tok Guru menjadi amalan minuman setiap hari sebelum bersarapan.Disamping itu dapat membantu menderma Projek Dana Sekolah Agama.Mudah-mudahan kita dapat ganjaran daripada ALLAH s.w.t. Insyallah



Jus Tok Guru amat baik untuk :
  • Memelihara kesihatan tubuh badan
  • Membantu mengatasi masalah kesihatan
  • Meransang dan meningkatkan kemampuan otak
  • Mencegah rasa mengantuk dan keletihan

Jus Tok Guru merupakan gabungan makanan sunnah yang di sebut didalam Al Quran dan Hadith. Di dalam kitab Tibb An-Nabawi(Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap 8 makanan Sunnah ini.

  1. DELIMA
  • Saidina Ali berkata:"Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut."Buah Delima baik untuk kerongkong, dada dan paru2.Baik untuk mengubat batuk.Ia juga membantu meningkat stamina.Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

2. KURMA

  • Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong dan memberi tenaga tambahan.Kanak2 digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi kahasiat dari segi proses pembesaran,sekaligus membentuk minda kanak2 yang sihat.

3. ZAITUN

  • Rasullah bersabda:'Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana zaitun berasal dari pohon yang di berkati.Ia boleh juga mengatasi racun,melapangkan perut, mengeluarkan cacing,menghaluskan kulit dan melambatkan uban dan merendahkan kolestrol dalam badan.

4. ZA'FARAN

  • Za'faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan ibnu Sina. Saidina Ali pernah menyatakan:-Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu di minum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka di kagumi ingatannya sehingga di tuduh melakukan sihir.

5. BUAH TIN

  • Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tin dalam Al Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya(Surah At Tiin).Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang juga sebagai anti racun.Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya.Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6. HABBATUS SAUDA'

  • Khasiat Habbatus Sauda di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan islam.Rasulullah bersabda;"Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya pada nya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam(mati).Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

7. MADU

  • Firman Allahdalam surah An-Nahl ayat 68-69 beraksuh:"Dengan itu keluarlah minuman(madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia"Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur,fosforus,zat besi, karbon,magnesium.potassium(kalium),kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental.Rasulullah bersabda:-"Sesiapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu".

8. KISMIS

  • Imam Az-Zuhdi berkata:"Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka ia hendaklah memakan zabib(kismis)".Ada hadis yang menyebut:-'Sebaik-baik makanan ilah buah zabib(kismis),ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.

Friday, 10 July 2009

Mee Hailam Sempoi



Mee Hailam Sempoi adalah resepi petang Rabu liza. Memang senang sangat resepi nie.Anak2 pun makan .Reepi ni tak da ler pedas sangat.Tapi mee hailam liza ni tak letak sayur pun sebab budak2 tu tak makan sayur.so letak daun sup ajer.kalau nak sayur kena celur dan asingkan dpd kuah.Ini dia resepi mee hailam sempoi






  • sepaket mee


  • sotong/udang


  • bawang putih(ditumbuk )


  • 1 ketulbawang merah besar(di tumbuk)


  • 2 sudu cili blend


  • 2 sudi kicap


  • 2 sudu sos tamato


  • 2 sudu sos cili


  • 2 sudu sos tiram


  • telor


  • sawi/carrot/kobis bunga


  • sedikt garam


  • sedikit air
  • daun sup/daun bawang


Tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan bawang merah dan cili blend. Bila dah naik minyak masukkan sos tomato, sos cili, sos tiramdan kicap .masukkan air dan tunggu hingga ia mendidih. Bila dah mendidih pecahkan telor.Lepas telor dah keras baru masukkan sotong dan udang. Akhir sekali masukkan sawi/carrot/kobis bunga dan garam.taburkan daun sup dan daun bawang.

Wednesday, 8 July 2009

Ohh!! Tudung Jerseyku









Aduhhh..byk jugak kan koleksi tudung jersi liza nie..bila amik gambar ..tgk2 dah 21 helai tue..itu tak termasuk selendang nyer..kebanyakan adalah hasil tangan kak tie...my tailor...heee. Liza nie asyik membeli jer kain ..dah tue kak tie plak jenuh nak menjahit tudung liza..Dah tue nak cepat ajer...tapi sekarang nie dah boleh tunggu sebab tudung dah byk dah ..dah tu ikut ler turn org plak..ada gak ..kaum2 hawa kat opis yang tempah tudung kat kat tie...whatever tudung nie mmg senang nak pakai...

Tuesday, 7 July 2009

Masak apa hari nie..

Hari ini dah masuk hari yang ke-34 ganti posa...aduhhhh...mencabar betul rasanya ..Plan petang nie nie nak masak nasi ayam...semalam dah cuba masak nasi beriani udang bersama dengan kari udang ..tapi nasi dia spoil sikit..jadi lembik pulak..mungkin terlebih air kot...rasa dah sedap dah....puji ler diri sendiri..udang nie bukan sebarang udang..udang nie datang dari Sabah ..mmg freshh..Udang yang beli nie sampai sebulan tak habis lagi nak masak...