Ya Allah..Ampunkan Aku, Rahmati Aku,Cukupkanlah Aku,Angkatkan Darjatku,Berikan Aku Rezeki Yang Halal Dan Berakah, Berilah Aku Hidayah, Sihatkan lah Tubuh Badan Supaya Aku Dapat Beribadat PadaMu Dan Maafkanlah Aku Atas Kelalaianku Padamu Selama ini.

Tuesday, 15 November 2011

Panduan Cara Menadah Tangan dan Berdoa Dengan Betul- Ust. Abdullah Mahmud

Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.

Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Yang Maha Esa.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT sebenarnya, termasuk 99 nama Allah.

Menurut Ustaz Abdullah Mahmud ;

Kalau perhatikan betul-betul, kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.

“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak kan di hati kita. Kedudukan titik ‘ba’ lebih rendah dari tangan yang kita tadah.”

Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail‘.

Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.”

Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul ;

1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain
3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’
4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah.
5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (duduk seperti duduk antara 2 sujud) atau duduk seperti dalam tahiyyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul. Jangan bersandar seperti orang malas!
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki, sebutlah nama Allah (ar-Rozzaq).
7. Doa diakhiri dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hambaNya. Walau dalam bahasa apa kita cakap, Allah pasti faham. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik.
9. Ajarkanlah adab berdoa ini kepada seluruh ahli keluarga anda sejak dari usia kecil. InsyaAllah ini akan dapat membentuk peribadi baik anak-anak menjadi menjalani kehidupan


Sumber:

Email Kak Anisah@14/11/2011(18 Zulhijjah 1432)

Petua Abdullah Mahmud

Antara petua-petua dan info-info yang sempat dinotakan adalah seperti berikut:-

Surah Al-Waqi'ah, Ayat 19 : boleh merawat penyakit koma, dibaca dan tiupkan secara perlahan-lahan di ubun-ubun kepala

jin Umu Mildan (tak sure ejaan) : mengacau kanak-kanak, menjadikan kanak-kanak degil dan sebab itulah amalan bertahmid disunatkan dibuat kepada baby-baby yang baru dilahirkan

petua:- madu asli dicampurkan ke dalam minuman kemudian dikacau mengikut arah lawan jam, Insya Allah dengan izinNya kanak-kanak/siapa-siapa tidak akan berdegil... =)

jin Dasim : mengacau rumahtangga, masalah tidak mendapat jodoh, masalah tidak mendapat zuriat
petua :- daun mengkudu dipotong dan direbus, air rebusan dicampurkan dengan madu asli dikacau (arah lawan jam) sambil perdengarkan ayat Ruqyah dan diminum pada waktu pagi dan malam
merawat usus : betik masak diblend, campur limau nipis dan sesudu madu asli, terus minum

merawat migrain : garam kasar 1kg, segenggam lada hitam, segenggam kacang hijau dicampurkan kemudian dipijak-pijak di waktu pagi dan petang sambil membaca Ayat 14

merawat gastrik : kunyit hidup ditumbuk dan ditapis kemudian minum air tapisan tersebut sekali sehari

merawat sakit-sakit pada betis : jangan tidur sewaktu badan letih kerana ianya akan melemahkan badan

Sumber:
Email Kak Anisah@14/11/2011(18 Zulhijjah1432)

Monday, 14 November 2011

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istimewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

* Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang gugur.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

Anak Degil

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi.

Sumber: Artikel dari Gmail
20/09/2011 @
faridah_hjahmad@petr
onas.com.my


Friday, 11 November 2011

"Menangislah selalu,
Nasib kita belum tahu,
Walaupun dalam petunjuk,
Belum tentu diterima.

Kita patut selalu pilu,
Mengenang nasib sendiri,
Kematian belum tentu,
Apakah dalam Iman,
Ataupun sebaliknya.

Kita patut selalu pilu,
Walaupun kita beramal,
Belum tentu diterima.

Walaupun dalam petunjuk,
Apakah sampai ke hujung, Kita tiada masa ketawa,
Walaupun kita bertaubat,
Belum pasti diterima.

Menangislah selalu,
Penutup umur kita belum tahu,
Pintalah kepada Tuhan,
Agar petunjuk-Nya sampai ke Syurga."

Friday, 28 October 2011

Wanita Super

WANITA SUPER - 16/5/2011 (buku-Sulaiman Al Kumaiyi)

1. Allah

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah

Memupuk kasih sayang

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

Raja seluruh alam

5. Al-Quddus - Maha Suci

sucikan hati dan fikiran

6. As-Salam - Maha Penyelamat

bertekad mengabdikan diri demi kesejahteraan orang lain

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman

jadilah manusia yang dipercayai, usah berbohong

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga

Allah pelindung sejati

9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa

Dimuliakan apabila hampir dengan allah

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa

Utamakan kompromi dan kerjasama

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar

Tawadduk

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta

Menjadi produktif dan kreatif

13. Al-Bari' - Maha Perancang

Menjadi innovatif

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

Sentiasa bergerak, usah duduk diam

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun

Menjaga rahsia dan memaafkan

16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan

Tetapkan hati

17. Al-Wahhab - Maha Pemberi

Selalu mensyukuri pemberiannya

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

Membina sikap berdikari

19. Al-Fattah - Maha Pembuka

Jalan tetap terbuka luas

20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui

Kuasailah ilmu pengetahuan

21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup

Membudayakan sifat qanaah

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup

Terima apa saja pemberiannya

23. Al-Khafid - Maha Penghina

Jauhi sikap menghina dan merendahkan orang lain

24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi

Hargailah semua orang dan tidak menghina sesiapa

25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

Percaya kepada diri sendiri, Pelihara harga diri dan berdikari

26. Al-Mudzil - Maha Merendahkan

Jauhi perbuatan mencaci

27. As-Sami’ - Maha Mendengar

Suka mendengar orang lain

28. Al-Basir - Maha Melihat

Berasa sentiasa diawasi oleh allah

29. Al-Hakam - Maha Menghukum

Bersikap arif dan bijak

30. Al-‘Adl - Maha Adil

Memohon keadilan daripada allah apabila kita dianiaya

31. Al-Latif - Maha Halusi

Semua perkara berada dalam scenario allah

32. Al-Khabir - Maha Waspada

Melakukan semua aktiviti kerana allah

33. Al-Halim - Maha Penyantun

Bersopan santun dan bersabar dengan keburukan orang lain

34. Al-‘Azim - Maha Agong

Mengakui kelemahan dan memohon pertolongannya

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun

Menjadi orang yang memaafkan

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun

Beri penghargaan kepada siapa sahaja meskipun hanya dengan kata kata

37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya

Sentiasa ada jalan

38. Al-Kabir - Maha Besar

Tumbuhkan jiwa yang rendah hati

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

Allah memeliharaku

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

Dunia ini mudah, raihlah!

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi

Segala dalam perhitungannya

42. Aj-Jalil - Maha Luhur

Hanya engkaulah yang terindah

43. Al-Karim - Maha Mulia

Suka memuliakan orang lain dan bersikap dermawan

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

Serahkan semua urusan kepada allah

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan

Allah sentiasa menjawab keluhanmu

46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya

Manusia yang tekun dan bercita cita

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana

Berlaku arif dan bijak

48. Al-Wadud - Maha Pencinta

Rela berkorban

49. Al-Majid - Maha Mulia

Membalas penghormatan orang lain

50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan

Tetap bersemangat walaupun menderita

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan

Jujur dan malu

52. Al-Haqq - Maha Benar

Sentiasa dalam kebenaran

53. Al-Wakil - Maha Berserah / Maha memiliki dan maha memelihara

Bertawakkal kepada allah dan membenci kemalasan

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan

Bekerja keras dan membenci pengangguran

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

Tegar dalam apa jua keadaan

56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi

Jadikan allah sebagai penolong didunia dan akhirat

57. Al-Hamid - Maha Terpuji

Tidak sombong kerana pujian dan tidak kecewa kerana hinaan

58. Al-Muhsi - Maha Menghitung

Buatlah rancangan kehidupan, cermat berfikir dan tepat bertindak

59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula

Bina cara berfikir kreatif, bukan reaktif

60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan

Lupakan apa yang berlalu

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan

Impikan masa hadapan

62. Al-Mumit - Maha Mematikan

Kematian itu indah

63. Al-Hayy - Maha Hidup

Pemilik kehidupan tidak pernah takut hidup

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

Berani menghadapi situasi gawat

65. Al-Wajid - Maha Menemukan

Hidup berdisiplin

66. Al-Majid - Maha Mulia

Menghormati dan menghargai orang lain

67. Al-Wahid - Maha Esa

Hanya kepadaNya

Al Ahad - Maha Esa

Sekali Lagi, hanya kepadaNya

68. As-Samad - Maha Diminta

Hanya kepadaNya kita memohon segala keperluan

69. Al-Qadir - Maha Kuasa

Kuasanya terlaksana

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan

Semua perkara berada dalam taqdirnya

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan

Selaraskan hidup dengan kehendak Allah

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan

Keputusan akhir tetap ditangan allah

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan

Mulakan segala kegiatan bersama allah

74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan

Akhiri segala kegiatan bersama allah

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan

Allah selalu bersama kita

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi

Menyedari peranan allah dalam setiap aspek kehidupan

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan / [maha memerintah]

Kita tidak sendirian

78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi

Mendaki bersama Allah

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / [maha dermawan ]

Jadilah orang yang dermawan

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

Selalu bertaubat

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa / [maha pembalas]

Apabila disakiti, biar allah yang membalasnya

82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf

Membuka pintu kemaafan

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi [maha melimpah kasih]

Menebar kasih dimana jua

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan [maha memiliki kerajaan]

Berada dalam kerajaan Allah

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

Rendahkan hatimu

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili

Bersikap adil

87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan

Semua manusia kelak bersimpuh dihadapannya

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

Sekiranya kita ingin kaya, mintalah daripada yang maha kaya

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan

Menghargai apa yang dimiliki

90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak [maha mencegah]

Reda dengan ketetapan allah

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya

Kesempitan menjadi modal utama

92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat

Apa yang allah berikan bermanfaat

93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya

Mengharap cahaya allah terus memancar

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk

Saling membimbing dan memberi petunjuk

95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan [maha pencipta]

Lahirkan karya karya kreatif

96. Al-Baqi - Maha Kekal

Gantungkan harapan pada yang maha kekal

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi

Ingatlah! Kita pewaris syurga

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana /[maha tepat]

Menyusun takdir

99. As-Sabur - Maha Penyabar

Tetap bertahan dalam apa sahaja keadaan