Wednesday, 6 October 2010
ALLAH Maha Melihat
Lirik Lagu & Kord Gitar Maha Melihat - Opick
Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya
*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata
Saturday, 2 October 2010
AKAL..
- Akal HATI adalah IMAN
- Akal HIDUP adalah IBADAH
- Akal AKHLAK adalah ISTIQAMAH
- Akal AMAL adalah IKHLAS
- Akal MATI adalah KALIMAH LAILAHAILLLAH....
Ya Allah kurniakan kepadaku semua akal ini.Amin
Thursday, 23 September 2010
Ilmu
Abu Bakar As-Siddiq berkata:GELAP ada 5,PELITANYA 5.
1.Cinta kepada dunia adalah gelap dan pelitanya adalah taqwa.
2.Dosa adalah gelap dan pelitanya adalah taubat.
3.Kubur adalah gelapdan pelitanya bacaan Laailahaillallah Muhammadurrasulullah
4.Akhirat adalah gelap dan pelitanya amal soleh.
5.Jambatan di atas neraka adalah gelap dan pelitanya adalah yakin.
(yakin kpd Allah,yakin adanya syurga & neraka & beriman kepada perkara yang ghaib serta
tidak ada keraguan padanya).
Ulamak berkata; 4 perkara yg mendatangkan manfaat dan kebahagiaan
- Al-Quran yang dibaca
- Anak yang baik,
- Isteri yang disayangi
- Sahabat yang soleh
Golongan yang penting di akhirat adalah 7 golongan dibawah payung Arasy Allah
1. Pemimpin yg adil
2 Pemuda kuat ibadat
3. Orang yang hatinya berpaut pada masjid(solat jamaah)
4. Dua orang yang saling mengasihi karena Allah
5. Lelaki dan wanita yang digoda maksiat berkata, 'Aku takut kepada Allah!'
6. Seorang yang memberi sedekah dengan rahsia
7. Mengingati Allah hingga mengalirkan air mata .
Ya Allah golongkan aku berpeluang jadi golongan terpenting di akhirat.
Thursday, 12 August 2010
Sudah 33 tahun umur aku..
Niat di hati nak suruh suami bagi hadiah berupa pendaftaran haji..tapi senyap jer.
So apa yg aku inginkan dalam kehidupan aku adalah lebih dari semalam.InsyaAllah
Terima kasih buat kawan2 yang memberi ucapan selamat hari lahir dan mereka jugak tidak lupa tarikh lahir aku.
Wednesday, 11 August 2010
Maafkan Liza...
Aku ingat ustaz bagitau dalam ceramah dia ..perempuan nak masuk syurga senang jer..kena taat pada Allah, taat pada suami dan jaga maruah.InsyaAllah..
Tuesday, 10 August 2010
Ramadan 1431H
Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِYang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). - Surah al-Baqarah, ayat 185
Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.
Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT. Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُYang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah
tentang kebesaran Bulan RamadhanYa Allah...Telah ku sering terdengar
Didalam alquran dan sabda junjungan
hanya aku yg sering melupakannya
Dibulan yg mulia ini
Laut pengampunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya
Ya Allah kusedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..Dapat ku perbaiki..kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku....
Agar subur kehambaanku terhadapMu
Lailatul Qadar akan menjelma buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua
Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu