Ya Allah..Ampunkan Aku, Rahmati Aku,Cukupkanlah Aku,Angkatkan Darjatku,Berikan Aku Rezeki Yang Halal Dan Berakah, Berilah Aku Hidayah, Sihatkan lah Tubuh Badan Supaya Aku Dapat Beribadat PadaMu Dan Maafkanlah Aku Atas Kelalaianku Padamu Selama ini.

Tuesday, 10 August 2010

Ramadan 1431H

Bermulanya Ramadan ..Aku berniat mudah2an Ramadan kali ini boleh memberi banyak manfaat pada diri aku.



Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِYang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). - Surah al-Baqarah, ayat 185



Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT. Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُYang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Ya Allah...Telah ku sering terdengar

tentang kebesaran Bulan Ramadhan

Didalam alquran dan sabda junjungan

hanya aku yg sering melupakannya

Dibulan yg mulia ini

Laut pengampunanMu tiada bertepi

Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang

Syurga terbuka dengan seluasnya

Ya Allah kusedari, kelemahan diri ini

Yang tidak istiqomah dalam beribadah

Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan

Begitulah diriku yang sering kelalaian..

Semoga di Ramadhan kali ini..Dapat ku perbaiki..kelemahan diri

Akan ku cuba mendidik nafsuku....

Agar subur kehambaanku terhadapMu

Lailatul Qadar akan menjelma buat mereka yang menunggunya

Para malaikat merendahkan sayapnya

Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu

Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....

Agar baktiku tetap padaMu

Biar pun Ramadhan telah berlalu

No comments:

Post a Comment