Doa ini kak anisah suruh aku hafal..
Hari ini aku bersembahyang di Masjid UTM. Khatib bertugas ialah Us Dr Azhar, yang memang merupakan khatib yang aku gemari. Hari ini dia menyentuh tentang salah satu nikmat penting yang Tuhan berikan kepada ibu-bapa, iaitu zuriat.
Antara kemuncak nikmat itu ialah apabila doa ini diterima Allah:
” ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما “
Doa ini merupakan sebahagian dari Surah al-Furqan, ayat 74, yang bermaksud “…Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa.”
Apakah yang lebih baik dari situasi di mana anak-anak menjadi penyenang hati dan penyejuk mata, dan keluarga kita menjadi imam dan pemimpin bagi orang yang bertakwa? Sebab itu kita tidak boleh jemu mendoakan mereka setiap hari dengan ungkapan doa ini. Mudah-mudahan diterima Allah untuk anak-anak kita semua.
Tetapi itu bukan isu yang menjadi pokok perbincangan khutbah hari ini. Ianya lebih kepada peristiwa menyayat hati yang berlaku saban hari. Bayi ditemui di pusat pelupusan sampah, di dalam longkang, bayi mati dimamah anjing, dihurung semut. Yang sedikit baik nasibnya ditinggalkan ditangga masjid dan ditemui orang. Apakah dosa mereka? Tidak ! mereka tidak berdosa. YAng berdosa ialah ibu-bapa yang telah terlanjur dan buntu lantas melakukan tindakan yang lebih buntu lagi. Yang bersalah ialah masyarakat yang sedar dan berkeupayaan tapi tidak berbuat apa-apa. Amalan “mind your own business” yang diaplikasi di luar konteks yang betul.
Statistik yang didedahkan juga membimbangkan. Secara purata boleh katakan bahawa setiap 3 hari seorang bayi tidak berdosa ditinggalkan ibunya. Yang lebih membimbangkan ialah kerana pasangan yang terbabit ramai yang berusia 18-25 tahun dan dari kalangan itu ramai anak Melayu berugama Islam.
Kalau di masa jahiliyah Arab, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup, kini ianya lebih teruk lagi, anak-anak, lelaki atau perempuan dicampak begitu saja.
Marilah kita saling bantu membantu dalam menangani masalah masyarakat yang di dalamnya kita tinggal bersama. Sama ada usaha membina kesedaran, pencegahan, pembaikan, baik-pulih ataupun “damage control”. Yang penting suatu tindakan positif perlu diambil oleh setiap orang. Bak kata pepatah “if you can’t make waves, make ripples”.
From : kak anisah@email
selasa :120411
No comments:
Post a Comment